Wednesday, October 27, 2010

LIME PIE




Ingredients

(ok nih bahan untuk buat 12 biji pie tau...!! nak lebih double jew hehehe...)
Bahan A:
250 g tepung
½ sudu kecil serbuk penaik
150 g mentega
1 biji telor
100 g badam kisar

Bahan B (cream):
50 g gula icing
250 g.Mascarpone (krim keju)
1 sudu besar air limau
200 g krim segar
sedikit esen vanilla
sedikit jam strawberry atau buah buahan ikut suka cita rasa anda :)

Directions

1. Campur dan uli semua bahan A sehingga lembut.


    Sejukkan dalam peri sejuk selama lebih kurang ½ jam.
2. Canai kan doh setebal ½ cm . Terapkan untuk 12 mini pie. 

    doh agak besar sedikit dari acuan pie.Susun dalam dulang mini pie,

    cucuk doh dengan garpu supaya tidak melembung sewaktu dibakar.
3. Bakar dalam ketuhar yang sebelumnya dipanaskan 200° selama 15-20 minit.
4. Keluarkan dan sejukkan.

UNTUK KRIM:
1. Pukul krim segar hingga kembang

2. Dalam mangkuk lain masukkan krim keju Mascarpone, 
    air limau,gula icing,esen vanille dan kacau hingga lembut dan berkrim.
3. Akhir sekali masukkan krim segar yang telah dipukul tadi kacau lagi hingga sebati.
4. Masukkan krim kedalam piping bag tekankan krim keatas mini pie. 
    Letakkan sedikit jam strawberry ke atasnya dan akhir sekali susunkan 

    buah buahan pilihan anda.
5. Sedia untuk dihidang.
    Tip: Boleh gantikan Philadelphia krim keju dengan Mascarpone. 

    Sekiranya krim terlalu pekat boleh tambahkan sedikit susu segar ke dalamnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

music graphic